PENGENALAN

ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api adalah salah satu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang penting. Alat pemadam api ini juga merupakan satu alat pemadam kebakaran pertahanan barisan hadapan iaitu memadam kebakaran peringkat api permulaan.

FAKTOR KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API
  1.  Alat pemadam api mudah alih ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan sentiasa dalam keadaan baik.
  2. Penggunaan satu-satu jenis alat pemadam api mestilah sesuai dengan jenis kebakaran yang berlaku.
  3. Api kebakaran yang ditemui semasa kecil.
  4. Api kebakaran ditemui oleh orang yang bersedia, tidak panik, sanggup melalukan pemadaman dan berkebolehan menggunakan alat pemadam api.
PENEMPATAN ALAT PEMADAM API
  1. Gantung pada dinding atau tiang
  • 1 meter / 3'.3" dari paras lantai
      2. Letak atas lantai
  • hendaklah ditandakan dengan penanda di bahagian atas alat pemadam api tersebut dengan ketinggian 8' dari paras lantai dan dialas tapaknya. 
      3. Jarak penempatan alat pemadam api
  • satu alat pemadam api boleh mengawal sekeliling dalam jarak 75 kaki jejari. Jadi jarak maksimum antara satu alat pemadam api ialah 150 kaki.

JENIS ALAT PEMADAM API

Terdapat beberapa jenis alat pemadam api yang digunakan dan diluluskan oleh Jabatan Bomba.

1.  AIR / WATER  (Jenis yang mengeluarkan air)
a) Soda Asid
b) Water Co2

*Walaubagaimanapun alat pemadam api jenis Soda Asid tidak digunakan lagi kerana tidak diluluskan oleh Jabatan Bomba disebabkan ia merbahaya pada manusia.

2. BUIH / FOAM (Jenis yang mengeluarkan buih)

3. DEBU KERING/ DRY POWDER (Jenis yang mengeluarkan debu kering)

4. KARBON DIOKSIDA / CARBON DIOXIDE (CO2) (Jenis yang mengeluarkan gas / 
                                                                                                cecair yang mengeluarkan gas)



  
ALAT PEMADAM API JENIS LAMA




1 comment:

  1. Kami adalah Pembekal Alat Pemadam Api Jenama Peace World Fire iaitu Syarikat & Kilang Bumiputera terbesar di Malaysia. Layari https://pwf.my untuk maklumat lanjut. Terima kasih admin.

    ReplyDelete

ALAT PEMADAM API KENDERAAN

Alat pemadam api adalah satu alat pemadam kebakaran peringkat api permulaan iaitu api kebakaran yang ditemui semasa api masih kecil. Semua ...