Saturday 17 August 2019

ALAT PEMADAM API KENDERAAN

Alat pemadam api adalah satu alat pemadam kebakaran peringkat api permulaan iaitu api kebakaran yang ditemui semasa api masih kecil. Semua pemandu kenderaan adalah digalakkan untuk memiliki alat pemadam api di dalam kenderaan masing-masing. Ini adalah sebagai salah satu langkah keselamatan jika terjadi kebakaran kenderaan.

Walaubagaimanapun, di negara kita kesedaran akan kepentingan memiliki alat pemadam api masih rendah. Kebakaran kenderaan boleh berlaku tanpa diduga dan boleh menyebabkan kerugian dan kehilangn nyawa.

ANTARA PUNCA KERETA TERBAKAR :
-Kebanyakan kebakaran kereta bermula dari ruangan enjin dari batteri dan alternator over charging.
-Sebarang kebocoran pada hos dan pam boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada enjin blok yang panas atau sistem elektrik.
-Bendasing yang terkumpul pada bahagian panas enjin dan sistem ekzos juga boleh menyebabkan kebakaran seperti daun dan rumput kering.
-Kegagalan fungsi pendawaian sistem audio yang diubah suai.
-Pendawaian yang tidak betul dan tidak mengikut piawaian yang betul oleh
mekanik yang tidak bertauliah. Arus elektrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar.
-Puntung dan bara api rokok juga boleh menyebabkan kebakaran kereta.
-Bahan mudah terbakar yang diletak tempat simpanan belakang kereta juga boleh menyebabkan kebakaran.
-Kecacatan rekabentuk tangki minyak boleh menyebabkan ianya meletup jika dirempuh dari belakang.
-Kecacatan sistem cruise control juga boleh menyebabkan kebakaran walaupun setelah enjin dimatikan.
-Penyenggaraan yang lemah - radiator, minyak enjin, bateri, brek kereta dan sebagainya tidak diselenggara dengan baik.
-Pengubahsuaian enjin yang melampau. Pengubahsuaian yang keterlaluan tanpa mengikut spesifikasi asal serta kemampuan enjin kenderaan boleh menyebabkan kereta terbakar. Contohnya mengubahsuai enjin kereta untuk membuatkan kenderaan lebih laju.
-Apabila berlaku kemalangan.
-Perbuatan khianat.

Malang tidak berbau, 

Kebakaran kenderaan tidak boleh diduga!!!!!!


Dapatkan SEGERA!!!!!!!


Alat Pemadam Api Eversafe 1 kg



Alat Pemadam Api ini bersaiz kecil, mudah dikendalikan dan amat sesuai untuk disimpan di dalam kereta dan boleh juga diletakkan di dapur. Ianya dapat bertahan pada kepanasan suhu hingga 60 darjah Celcius. 


PENERANGAN PRODUK
- Tahun pembuatan : Tahun 2019
- Sesuai untuk kereta dan rumah
- Mudah alih, ringan dan mudah dibawa walaupun untuk wanita.
- Mudah digunakan
- Boleh diisi semula
- Operasi & Penyelenggaraan Mudah
- Pelepasan yang boleh dikawal
- Meter Petunjuk Tekanan
- braket Kenderaan / Dinding 
- Pengesahan SIRIM Diperbuat mengikut spesifikasi MS 1539: Part 1 : 2002 Cert No : PE000504
- Julat suhu kerja -20 °C ke +60°C (temperature limits -20 °C to +60°C).
- Untuk semua jenis kebakaran kecuali kebakaran logam dan gas yang tidak memungkinkan ledakan.
- Sesuai untuk pemandu kereta GRAB



SEDIAKAN SETIAP KERETA 1 ALAT PEMADAM API, SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN ALAT INI SANGAT BERGUNA!


HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT DI TALIAN:

019-5757344 (Ayie)


Monday 12 August 2019

CARA PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API


INGAT FORMULA P.A.S.S


Langkah mudah menggunakan alat pemadam api
1. Cabutkan pin
2. Halakan nozel ke pangkal (base) api.
3. Tekan tuil (level)
4. Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan.

Cara Penggunaan Alat Pemadam Api
1. Berdiri ikut arah angin.
2. Pancutkan media pemadaman pada punca api.
3. Alih-alihkan pancutan pada tempat yang terbakar.
4. Gunakan beberapa alat pemadam api serentak ketika api mula membesar.
5. Pastikan api benar-benar padam sebelum ditinggalkan.
6. Hantar alat pemadam api untuk penyelenggaraan dan perisian semula.

Saturday 10 August 2019

PEMERIKSAAN ALAT PEMADAM API


1. Hendaklah diperiksa 1 bulan sekali.
2. Pastikan pressure gauge pada tabung menunjukkan kepada
    kandungan penuh.(Hijau-penuh, Merah-kosong)
3. Sekiranya berlaku kekurangan tekanan hendaklah dihantar ke
    service agen.
4. Pastikan tiada kerosakan atau kekaratan di bahagian luar tabung.
5. Pastikan safety pin berada pada kedudukan yang betul.
6. Discharge Nozel, hos dan operating lever ditentukan dalam
    keadaan baik dan bersih.
7. Setahun sekali dihantar ke service agen yang berdaftar untuk
    pemeriksaan / ujian mendapatkan kelulusan.


Pemeriksaan alat pemadam api













Sunday 4 August 2019

PENEMPATAN ALAT PEMADAM API

PENEMPATAN ALAT PEMADAM API

Kaedah Pertama :

1. Digantung pada dinding atau tiang setinggi 5' (1.52 m) dari paras lantai.
2. Berat A.P.A kurang daripada 18kg / 40 lbs.

 Kaedah Kedua :
1. Digantung pada dinding atau tiang setinggi 3' (0.91 m) dari paras lantai.
2. Berat A.P.A lebih daripada 18kg / 40 lbs.

Kaedah ketiga :
1. Letak atas lantai.
2. Dilapik / alas kayu setebal 4"/ 10cm.






Saturday 3 August 2019

JARAK PENEMPATAN ALAT PEMADAM API

JARAK PENEMPATAN ALAT PEMADAM API

Satu alat pemadam api boleh mengawal sekeliling dalam jarak 75 kaki jejari. Jadi jarak maksimum antara satu alat pemadam api ialah 150 kaki.



ALAT PEMADAM API KENDERAAN

Alat pemadam api adalah satu alat pemadam kebakaran peringkat api permulaan iaitu api kebakaran yang ditemui semasa api masih kecil. Semua ...