Air / Water

ALAT PEMADAM API

Air / Water





Alat Pemadam api jenis air

Terdapat 2 jenis

a) Soda Asid
Alat Pemadam Api jenis Soda Asid tidak digunakan lagi kerana tidak diluluskan oleh Jabatan Bomba disebabkan ia merbahaya kepada manusia.

b) Water Co2
Terbahagi kepada 2 jenis

i) Cartridge
ii) Stored Pressure

Keterangan
Tabung luar diisi dengan air biasa (air yang bersih) dan air tersebut dicampur dengan sodium nitrat untuk mengelakkan air beku dan silinder berkarat.

Di dalam tabung tersebut terdapat satu tabung kecil yang dipanggil catridge yang telah dimampatkan dengan Gas CO2.

Sekiranya alat pemadam api jenis stored pressure ianya tidak mempunyai catridge.

Cara Tindakannya
Apabila ditekan plungernya ia akan menebuk sealing disc cartridge dan carbon dioxide akan terkeluar dari cartridge. Gas ini akan menolak air keluar yang ada di dalam selinder melalui discharge tube dan terus ke nozel. Alat pemadam api jenis ini memadam api secara menyelimut dan sesuai untuk api kelas 'A'.




Jenis Stored Pressure, apabila operating lever ditekan, control valve terbuka dan membenarkan udara yang bertekanan menolak air keluar dari tabung melebihi hos dan nozel. Pengeluaran media pemadaman boleh dikawal oleh operating lever.




Spesifikasi
1. Jarak pancutan bagi muatan 9 liter (12 - 15kg) ialah 6 meter.
2. Lama masa penggunaan ialah 1 minit hingga 2 minit. Lama masa sesebuah alat pemadam
     api bergantung pada saiz alat tersebut.

Pemeriksaan dan ujian
Jenis Cartridge
- Selinder - tidak berkarat, sekiranya berkarat alat pemadam api tersebut hendaklah dimansuhkan.
- Plunger boleh digerakkan.
- Vent hole tidak tersumbat.
- Washer boleh bergerak.
- Discharge tube tidak tersumbat.
- Nozzel tidak tersumbat.
- 4 tahun sekali tabungnya hendaklah dikenakan ujian hydrolik 350 lb p.s.i atau 22 bar.
- Elakkan alat dari cahaya matahari yang terik kerana ianya boleh memberi kesan kepada kandungan
  di dalam tabung.

Cara Refill
- Buka head cap.
- Keluarkan cartridge dan timbang / diganti.
- Selinder dicuci dan dimasukkan air yang baru.
- Discharge tube diperiksa supaya tidak tersumbat.
- tutup balik head cap dengan ketat.

Kebaikkannya
- Tidak merbahaya dan mudah digunakan.
- Bertindak dengan segera.
- Refill mudah.
- disebabkan ada sodium nitrate, ianya tidak beku dan berkarat.

Kelemahannya
- Hanya sekali guna.
- Tidak boleh memadam api minyak, letrik dan enjin.

Peringatan
-Semua alat pemadam jenis stored pressure tidak boleh dikeluarkan peralatan dalaman untuk diperiksa kerana ia dalam keadaan bertekanan.











No comments:

Post a Comment

ALAT PEMADAM API KENDERAAN

Alat pemadam api adalah satu alat pemadam kebakaran peringkat api permulaan iaitu api kebakaran yang ditemui semasa api masih kecil. Semua ...