ALAT PEMADAM API
Jenis Buih / Foam
Pembuatan Jenis Pertama
Percampuran dua bahan kimia iaitu :Sodium bicarbonate dengan aluminium sulfik.
Cara menggunakannya :
- Tabung diterbalikkan supaya dua bahan kimia ini bercampur dan menghasilkan buih.
- Halakan ke arah pangkal api.
Pembuatan Jenis Kedua
Kandungannya ialah 9 liter air dan 0.5% AFFF (Aqueous Film Forming Foam) concentrate.
Spesifikasi
- Jarak pancutan 6 meter
- Jangka masa penggunaan lebih kurang 1 minit.
- Kadar Perkembangan 1 : 8
Kebaikannya
- Boleh memadam api minyak yang kecil.
- Tidak merbahaya dan mudah digunakan.
- Mudah diisi semula.
- Menutup permukaan kebakaran.
Kelemahannya
- Tidak boleh memadam api elektrik.
- Kandungannya boleh menjadi beku sekiranya diletakkan ditempat yang sejuk.
- Tidak boleh disimpan ditempat yang terlalu panas.
- Boleh digunakan sekali sahaja.
Cara Penggunaan
- Halakan pancutan kepada permukaan yang menegak seperti dinding.
- Lapisan buih akan menutupi dan memenuhi permukaan bahan yang terbakar.
- Buih akan bercampur dengan cecair dan diuraikan dengan cepat atau buih akan terbenam dalam
cecair sekiranya pancutan ditujukan ke arah api.
Alat Pemadam Api pelbagai jenis. alat pemadam api dijual pada harga murah. Dapatkan alat pemadam api pada harga promosi. Diskaun alat pemadam api kereta.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ALAT PEMADAM API KENDERAAN
Alat pemadam api adalah satu alat pemadam kebakaran peringkat api permulaan iaitu api kebakaran yang ditemui semasa api masih kecil. Semua ...
-
INGAT FORMULA P.A.S.S Langkah mudah menggunakan alat pemadam api 1. Cabutkan pin 2. Halakan nozel ke pangkal (base) api. 3....
-
PENEMPATAN ALAT PEMADAM API Kaedah Pertama : 1. Digantung pada dinding atau tiang setinggi 5' (1.52 m) dari paras lantai. 2. Berat ...
-
Alat pemadam api adalah satu alat pemadam kebakaran peringkat api permulaan iaitu api kebakaran yang ditemui semasa api masih kecil. Semua ...
No comments:
Post a Comment